Saturday, July 06, 2013

Bagaimana saya handle anak-anak ketika di masjid Nabawi dan masjidil Haram

Alhamdulillah, cerita lama sudah setahun lebih berlalu episod saya dan suami membawa anak-anak bersama menunaikan umrah. Baru teringat nak share macam mana saya handle anak-anak ketika di masjid.

Secara jujurnya, saya dan suami memang sukakan aktiviti ini. Jika ada masa di Malaysia, kami biasa bawa anak-anak ke masjid ketika solat Maghrib dan Isyak. Masa mereka kecil dulu, saya memang tak jemaah...saya cuma bawa mereka dan layan mereka. Kemudian, saya ikut solat di belakang tetapi bersendirian. Kenapa? Saya tidak mahu anak-anak mengganggu jemaah lain beribadat. Di Malaysia saja saya rasa culture nya begitu. Selepas solat, saya didik anak-anak saya dengan cara suka masukkan duit ke dalam peti derma. Sekarang dah menjadi kebiasaan mereka. "Ummi, nak derma"..saya senyum je dengar bila Husna buat begitu. Lukman pun sama, turut melakukan kebiasaan itu bersama kakaknya.

Semasa di Madinah, kawasan masjid lapang. Kat luar tu pun anak-anak jadikan tempat bermain. Saya prefer lagi solat di luar masjid, senang pantau anak-anak (salah satu sebab solat di luar kerana di dalam masjid dah penuh). Biasanya sebelum solat, saya akan pesan pada Husna, tolong ajak adik main bersama ye. Husna angguk faham. Ada masanya Lukman memang akan menangis ketika saya solat. So the best way, saya tunggu jemaah dah solat, masuk rakaat ke 2 baru saya join jemaah. Lukman masa tu belum boleh berjalan, maka dia akan merangkak-rangkak di kawasan sekitarnya.

masa ni Lukman sibuk kejar main ball..

kasut kakak dia pun jadi..


Saya bekalkan anak-anak biskut atau coklat. Tapi masa di masjid tu ramai juga wanita-wanita Turki yang sukakan kids, mereka akan berikan anak-anak coklat, kacang, kurma dan air. Husna dan Lukman memang jadi perhatian sebab tak ramai jemaah kecil ketika tu.

Saya juga bawa bersama bantal kecil dan soft ball. Ada juga benda untuk ralitkan Lukman sebab cuma Lukman saja yg perlu dipantau. Husna ok lagi sebab masa tu dia dah 3 tahun dan pandai cakap. Adakalanya jika kami sampai awal di masjid, saya akan susukan Lukman dan biarkan dia tertidur. Selepas tu bolehla saya mengaji atau melakukan solat sunat sebelum tiba solat fardhu.

kakak husna pandai jaga adik :)

Boleh bawa toys semasa di masjid tapi pastikan toys yg tidak bising dan mengganggu jemaah lain ketika solat. Bawa buku atau soft book juga disarankan, tak kisahla bawala apa yang anak-anak anda sukakan. Sebelum solat tu pastikan mereka dalam keadaan selesa dan gembira. Jadikan suasana di masjid itu macam kawasan yg paling selamat untuk mereka.

Boleh juga before time solat kita tunjukkan mereka Kaabah, memang mereka akan ralit dan terpegun melihat Kaabah (anak-anak sayalah). Subhanallah.

Semoga apa yang saya beritahu di atas boleh dijadikan panduan untuk semua.




KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

1 comments:

♥ Leily | Ummi Alya Husna ♥ said...

tqvm huda...

Insha Allah... suatu hari nnti, pasti!!!
teringin sgt nak ke sana
amin!!!



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi