Thursday, January 31, 2013

Husna ke school

Dah nak masuk 2nd month of this year baru ummi dia sempat cerita pasal Husna masuk sekolah :)
Bukan malas, tapi ummi sibuk dengan macam-macam hal.

Untuk makluman semua, Husna dah masuk school dekat dengan rumah atok dan neneknya ni. PASTI. Tujuan asal saya hantar dia ke sekolah untuk mengurangkan rasa rindunya terhadap abahnya di samping beri dia peluang untuk bergaul dengan rakan sebaya. Memang agak muda, umurnya baru nak cecah 4 tahun kan.

Di sekolah ni, kelas 4 tahun sahaja tidak mix dengan murid kelas 5 atau 6 tahun. So, bolehlah cikgu dia fokus untuk pembelajaran kanak-kanak seusia Husna. InsyaAllah akan belajar mengenal abc, 123 dan alif ba ta di samping doa-doa yg mudah dan belajar solat. Itu yg dijanjikan oleh Cikgu Huda (nama sama macam nama ummi kata Husna :))

Bangun pagi tak ada masalah, cuma dia akan beri alasan..."kakak ngantuk lagi..." then bila kita bawa masuk dalam bilik air dia okla...gosok gigi dan mandi..

Masa 1st and 2nd day ada drama bersiri. Dia steady before sampai school, bila dah sampai baru dia nangis sebab ummi tinggalkan dia. Cikgu pujuk sambil dukung dia masuk kelas. Saya dengan berat hati terpaksa tinggalkan dia begitu saja. Bila balik cikgu cakap dia ok, menangis time tu je pun.

Hari ketiga kami tukar plan, minta nenek yang hantarkan Husna ke pintu sekolah. Alhamdulillah, ibu saya cakap dia langsung tak menangis. Sampai la ni dia refuse saya yang hantar..katanya, "kalau ummi hantar nanti kakak nangis.." So tugas saya kejut dan mandikan dia, siapkan dia. Yang hantar atok dan nenek sampai ke pintu sekolah.

Jom tengok Husna dan uniform school :) Orangnya kecil, baju pun agak labuh size S. Kasut mujur ada size. Hehe.

Macam mana gelagat anak-anak anda first time pergi sekolah ye?

uniform warna hijau dengan tudung cream


baju senaman

white shoe

malu-malu pulak dia :)



Tuesday, January 22, 2013

Mix and Match cotton

Assalam dan selamat pagi!

Hari ni masih sejuk, hujan selang seli turun. Alhamdulillah, setakat ni tak ada lagi dengar bandar ni ditimpa banjir.

Saya dan anak-anak batuk sejak 3 hari lepas. Alhamdulillah dah makin sihat. Batuk masih ada, cuma tidaklah teruk. On off.

Sejak suami bekerja di Pakistan, saya dan anak-anak lebih berdikari. Ceewah! Ye la tu, ke mana-mana masih berteman dengan ibu abah saya. Saya bukan tak boleh handle anak-anak sendiri cumanya suami tak galakkan.

Last month masa suami balik bercuti, dia bawakan banyak kain cotton original from Pakistan. Cantik-cantik pula tu, rambang mata saya memilihnya sebab nak bagi-bagi adik beradik dan mak in law kan :) Sedia maklum, Pakistan memang banyak pilihan kain cotton sebab tu saya order banyak pada suami.
Harga pun sangatlah murah dan berpatutan. Tapi suami kata, masalah kadang-kadang komunikasi...sebab orang Pakistan ni tak ramai yg boleh speaking kan. So, kenalah minta tolong driver yg bawa suami dan kawan-kawannya translate.

Next trip suami balik saya nak kirim lagi. Boleh melaram dengan cotton raya ni :)
Siapa kat sini pun minat kain cotton?

siap selendang

mix and match cotton


Friday, January 18, 2013

Kisah 1 dan 2

Assalamualaikum dan hi!

Lama sungguh tak bercerita di laman blog saya ni, dah bersawang pun.
Kenapalah susah sangat ummi husna dan lukman ni nak update ye?
Tepuk dada tanyalah diri sendiri. Hehe.

Ok, kita mulakan dengan kisah 1.

Kisah 1

Last month, abah husna dan lukman ada balik sebab nak habiskan cuti tahunannya. Almost 3 weeks juga abah mereka di Malaysia. Beriya sakan kami berjalan ke sini sana. Balik kampung in law di Perak, then ke Kuala Gula, Perak. Singgah Langkawi, makan-makan seafood di Senibong, JB dan last ke Port Dickson.
Banyakkan tempat kami pergi. Suka husna dan lukman dapat berjalan. Then, awal Januari abah husna dan lukman balik semula bekerja ke Pakistan. Now tengah musim sejuk di sana. Slowly, saya akan kisahkan cuti-cuti ini dalam entry akan datang, in shaa Allah (tengok mood macam mana :))

Kisah 2

Husna dah pun memulakan sessi persekolahannya di Pasti dekat dengan rumah atok dan neneknya ni. Umur baru nak menjengah 4 tahun April ni tapi ummi dah hantar school. Kenapa ye? Ok nanti saya ceritalah lebih lanjut kenapa saya hantar dia pergi school :)

Hehe, selamat berhujung minggu kepada semua rakan-rakan blogger tersayang. Saya cuba ye untuk menjengah ke rumah kawan-kawan sebentar lagi. Miss u all :)

gambar penyeri blog :)

Jangan lupa singgah blog ummi husna lukman untuk dapatkan soft books terbaru!
http://husnalilshop.blogspot.com/




Wednesday, January 09, 2013

Saya dan Shaklee :)



 Saya pengamal produk Shaklee :)
Juga dah register as shaklee independent distributor
Bagi sesiapa yg berminat untuk mendapatkan vitamin / suppliments shaklee...
boleh call / sms saya 0122479113

saya akan consult anda secara percuma, in shaa Allah.








Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi