Tuesday, March 19, 2013

Ya Hana Na

Sejak qasidah ini dimainkan di tv al hijrah, Husna memang selalu ulang nyanyi, adik dia Lukman pula tolong tepuk tangan and joget :)

Ya Hana Na yang bermaksud beruntungnya kami kerana dilahirkan sebagai Muslim, Nabi Muhammad yang membawa risalah Islam kepada kita. Rindunya saya pada Rasulullah SAW.



Di bawah ini adalah maksud bagi bait-bait qasidah ini.
Credit sumber dari SINI

ya hana na
Betapa Beruntungnya Kami 

ظَهَرَ الدِّينُ المُؤَيَّد   بِظُهُورِالنَّبِى اَحمَد
dzoharoddiinul muayyad bidzhuhuurin nabi ahmad  
Telah muncul agama yang didukung,  dengan munculnya sang Nabi Ahmad

يَا هَنَانَــــــــا بِمُحَمَّد  ذَلِكَ الفَضلُ مِنَ الله
ya hana na bimuhammad   dzalikal fadhlu minallah
Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad (Saw), itulah anugerah daripada Allah SWT

يَا هَنَانَا
ya hana na
Betapa Beruntungnya Kami 

خُصَّ بِالسَّبعِ المَثَانِى   وَحَوى لُطفَ المَعَأنِى
khusho bissab’il matsani   wa hawa luthfal ma’ani
Diistimewakan dengan as-Sab’ul Matsany (al-Fatihah), penghimpun rahsia bagi setiap makna

مَالَهُ فِى الخَلقِ ثَانِى   وَعَلَيهِ اَنزَلَ الله
ma lahu fil kholqi tsani   wa a’laihi anzalallah
Tidak ada yang senilai dengannya, dan Allah mewahyukan kepadanya (Muhammad SAW)

يَا هَنَانَا
ya hana na
Betapa Beruntungnya Kami 

مِن مَكَّةٍ لَمَّا ظَهَر    لِاَجلِهِ انشَقَ القَمَر
min makkatillamma dzohar    liajlihin syaqqal qomar
Ketika di Makkah bulan tampak terbelah deminya (Muhammad SAW), 


وَافتخَرَت الُ مُضَر   بِهِ عَلى كُلِّ الاَنَام
waf takhorot aalu mudhor     bihi ala kullil anam
lalu kabilah Mudhar (kabilah Muhammad SAW) dibanggakan oleh seluruh manusia

يَاهَانَانَأ
ya hana na
Betapa beruntungnya kami

اَطيَبُ النَّاسِ خَلقًا   وَاَجَلُّ النَّاسِ خُلُقُا
athyabunnasi kholqon   wa ajallunnasi khuluqon
Beliau adalah manusia yang terbaik ciptaanNya, dan teragung akhlaknya

ذِكرُهُ غَربًا وَشَرقًا   سَائِرٌ وَالحَمدُ لِله
dzikruhu ghorbaw wa syarqon    saa iruw walhamdu lillah
Semua berzikir ke atasnya samada di barat atau di timur, segala puji hanya bagi Allah SWT

يَاهَنَانَا
ya hana na
Betapa beruntungnya kami

صَلُّوا عَلى خَيرِ الاَنَام   المُصطَفَى بَدرِالتَّمَام
shollu a’la khoiril anami   al musthofa badrittamami
Berselawatlah ke atas sebaik-baik manusia (Muhammad SAW) yang terpilih, sang bulan purnama

صَلُّوا عَلَيهِ وَسَلِّمُوا   يَشفَع لَنَأ يَومَ الزِّحَام
shollu a’laihi wasallimu  yasyfa’ lana yaumazzihami
Sampaikanlah salam kepadanya, moga diberi syafaat di hari kebangkitan

يَا هَنَانَا
ya hana na
Betapa beruntungnya kami

Monday, March 18, 2013

Maulidur Rasul semalam

Assalamualaikum. Hai semua,

Apa khabar hari ini?

Semalam berlangsunglah program maulidur rasul di taman perumahan tempat menginapnya ibu dan abah saya ni. Dah terlewat nak sambut maulud nabi tapi tak apalah, programnya sangat menarik sebab ada pertandingan hafazan dan melukis untuk kanak-kanak.

Selain itu, kalau kat Johor ni mesti ada persembahan berzanji dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Pagi tu dalam pukul 8, penduduk taman akan berarak menuju ke surau.

Persembahan nasyid pun ada, oleh belia di taman ini. Sedap juga mereka bernasyid, saya suka lagu ya hanana...ya hanana..macam kat tv al hijrah tu :)

Kami sampai lewat sikit time orang berzanji sebab nak kejutkan dua orang anak saya ni punyalah lama. Eh, si adik senang je..kejut dan mandikan..siapkan pakai jubah lepas tu dia tidur balik. Si kakak yang ambil masa paling lama...suruh mandi dia kata tengah makan biskutla..macam-macam alasan dia :)

Penceramah yang berceramah semalam ialah Ustaz Muhammad bin Abdullah al Amin @ ustaz amin yang famous kat tv 9 tu :) Sambil ceramah, dia ada selitkan selawat, dia ajak semua pendengar berselawat bersama. Alhamdulillah, intipati ceramahnya juga bagus, diajak kami semua mengembara di dalam masjid nabawi. SubhanaAllah. Saya rindu kat masjid nabi...

Majlis tamat sekitar jam 12pm lepas makan nasi beriani dengan kambing :)


ustaz amin ni murah dengan senyuman...

Saya berjaya ambil gambar ustaz dari dekat, siap ustaz berhenti masa saya tengah ambil gambarnya...Lukman masa tu saya dukung dia so dapatla bersalam dengan ustaz, ambil berkat orang alim :)


muka monyok bangun pagi-pagi :)

ummi dan kakak Husna..hehehe..


Buy 6 FREE 1!!!







Nampak tak berapa harga Shaklee tulis tu?
RM294 kan untuk 6 botol, siap dapat FREE 1 lagi botol.
Boleh tahan untuk 7 bulan.
Siapa tak nak grab memang rugi woo! :)
Saya bagi cadangan, kalau anda rasa banyak sangat nak beli 6 botol, anda share la dengan rakan sekerja, saudara mara atau jiran-jiran sebelah rumah. RM49 per person, atau kalau seorang amibil 2 botol, so perlu share dengan 3 orang rakan sahaja :)

Ostematrix ni kalsium magnesium ye :) sesiapa tak suka susu boleh pilih option ini untuk tambah kalsium dalam badan.

Jom cegah osteoposis, cegah sakit belakang, kurangkan penat dan letih bila bangun pagi. InsyaAllah, semua penyakit ada penawarnya.

Hubungi saya:

Nurulhuda Ab.Karim
Shaklee Independent Distributor 907781
SMS/WhatsApp: 0122479113
Email: husnalilshop@yahoo.com
FB: Huda Karim 
Page: Ummi Vitamin Shop

Produk ini tidak bertujuan untuk diagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Saturday, March 16, 2013

Lovely handmade bag

Wanita mesti teruja kan bila sebut tentang handbag ke, tote bag ke, apa-apa jenis beg la kan. Saya pun tak terkecualilah, bila nampak beg yang cantik comel dan lebih eksklusif dijahit sendiri dari rumah lagilah saya suka :) Lain dari yang lain, orang lain tak ada. Tak ada jual kat mana-mana ye.

Semalam birthday my mom, saya telah pun menempah sebuah beg yang comel untuk dia. Comel dan eksklusif. Saya suruh Husna bagi kat nenek dia.

"nenek...ni beg, nenek punya..."
Nenek dia punya teruja, "cantiknya, mana Husna beli?"
"ummi belilah.."

My mom memang sangat excited ok, cantik sangat dia suka sebab ringan senang nak bawa ke mana-mana...

Nak tengok rupa beg tu?

Ok, kat bawah ni rupa beg tu...mix faux leather dan cotton fabric. Kita akan pilih sendiri pilihan fabrik, biasanya seorang customer untuk satu pilihan fabric dan faux leather.


khas untuk ibu saya sempena birthdaynya semalam :)


Saya order dari junior saya masa belajar di Uniten dulu. Dia pun housewife macam saya, part time and hobby buat handmade bag ni. Alhamdulillah, dari hobi pun boleh jadi sumber pendapatan kan. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih je :)

So kawan-kawan, mana yang berminat boleh terjah fb kawan saya nanti. Harga pun sangat berpatutan setanding dengan kualiti yang dihasilkan, insyaAllah. Selain tote bag, beg untuk anak-anak pun kawan-kawan boleh request.

Nak tengok beg-beg lain yang pernah beliau hasilkan? Scroll down gambar-gambar di bawah ye :)

FB Yana Edyana




request dari customer untuk anak gadisnya













Friday, March 15, 2013

Ibu menyusu kekal cergas dengan Shaklee



Dalam set ini mempunyai:

ESP (protein)
B complex
Alfalfa complex
Ostematrik (kalsium)
Vitalea (multivitamin)
Vita C


Bagi ibu yang menyusukan anak atau sedang relaktasi, anda boleh mencuba full set untuk bf mom ini.
Jika tidak mampu untuk adakan semua, anda boleh mencuba set mengikut budget yang anda ada.

Ostematrik, ESP dan alfalfa memadai untuk milk booster, insyaAllah.

Apa yang penting, ibu jangan stress, susukan anak ketika anda berada dalam keadaan tenang dan bersedia.

Sentiasa berniat di dalam hati mahu berikan yang terbaik untuk anak-anak dan jangan pernah putus asa jika susu kering atau kurang. Doa di dalam hati mohon agar dipermudahkan urusan bf baby ini.


================================
Penghantaran ke seluruh Malaysia dengan menggunakan Poslaju atau kurier servis.


Hubungi saya:

Nurulhuda Ab.Karim
Shaklee Independent Distributor 907781
WhatsApp: 0122479113
Email: husnalilshop@yahoo.com
FB: Huda Karim 
Page: Kiosk Vitamin Ummi

COD area Kluang, Johor

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Happy birthday ibu!

last year di Jabbal Uhud


Alhamdulillah, hari ini birthday ibu saya.
Masih diberi kesempatan untuk menyambutnya. Semoga Allah lindungi ibu saya, sentiasa diberi kesihatan yang baik, dan menjadi sahabat saya selama-lamanya.

So far ibu dah abah dah ada 4 orang cucu, 1 perempuan dan 3 lelaki :)

Happy birthday ibu! Love u so much!

Sincerely, anak-anak dan cucu-cucumu.



Thursday, March 14, 2013

Tudung Chiffon 3 Layer XXL

Tudung chiffon 3 layer size XXL

Alhamdulillah, sekarang wanita muslimah bertudung labuh juga boleh bergaya dengan tudung chiffon 3 layer size XXL. Labuh dan sopan serta mudah digayakan ke mana-mana.
Sekali sekala nak juga melaram dengan tudung chiffon kan :)
Istimewanya tudung chiffon 3 layer ini mempunyai 3 warna yang berbeza dan ada tone warna pada body.
Jom beli sehelai untuk diri sendiri, reward untuk diri dah penat bekerja, atau hadiahkan kepada ibu anda :)
 Ciri-ciri tudung ini:

Awning: hard awning cotton
Material body: kain chiffon yang tidak jarang dan lembut
Labuh dari dagu: 22.5 inch

*warna mungkin sedikit berbeza dari warna sebenar atas faktor pantulan cahaya dan imej editing*


ALL SOLD OUT!!!

BELI 1 HELAI RM89

BELI 2 HELAI RM170

delivery menggunakan poslaju, 
add (RM7/SM) | (RM9/SS)

Cara-cara untuk order:

Pilih kod tudung yang masih available.
SMS/WhatsApp: 0122479113
Emel: husnalilshop@yahoo.com
 

hard awning cotton SOLD OUT

Tudung chiffon 3 layer size XXL

Kod C01


biru, biru langit, biru laut


Kod C02


Kod C03 BOOKED



purple lembut, purple pekat, hijau muda



Kod C04


Kod C05


purple, hijau pucuk pisang, hijau pekat




Kod C07 BOOKED


Kod C08 SOLD

cream, maroon, red chili




Sesiapa berminat, bolehlah tempah sekarang sementara stock masih ada :)

Sincerely,
Ummi Husna Lukman

Set Kesuburan untuk suami isteri

Hai!
Ok petang ini, saya nak sharekan entry tentang set kesuburan, bagi mereka yang sedang cuba untuk hamil dan ingin hamil lagi.

Biasanya waktu subur dikira pada hari ke 13,14 dan 15 hb bermula hari pertama datang bulan bagi isteri. Antara penyebab isteri belum disahkan hamil adalah kerana kitaran haid isteri yang tidak teratur dan sperma suami yang lemah. Walaubagaimana pun, kita hanya mampu merancang. Ada pelbagai cara untuk kita usahakan untuk hamil, yang penting jangan pernah putus asa berusaha dan selalulah memohon kepada Allah, berdoa dan bersedekah.

Penyelesaian terbaik, suami isteri mestilah saling memahami dan ikhtiar untuk memperolehi cahaya mata. InsyaAllah, Allah Maha Mengetahui setiap kejadian.

Dalam shaklee kami syorkan supplements di bawah ini khas untuk anda yang mahu hamil.





Untuk isteri:

ESP (protein)

  • ESP bertindak untuk memastikan sel ovum sihat dan memudahkan persenyawaan.
  • merupakan makanan asas untuk memastikan sel-sel dalam badan sihat dan sempurna.

GLA Complex 

  • GLA membantu mereka yang mengalami kitaran haid tidak teratur atau tidak tetap serta masalah senggugut ketika pra haid yang selalu dialami oleh para isteri.
  • membantu meningkatkan kesuburan isteri sekaligus meningkatkan potensi untuk persenyawaan berlaku.
  • membantu untuk sperma hidup lebih lama dalam tiup fallopio lalu meningkatkan peluang untuk persenyawaan berlaku.

Untuk suami:

Zink

  • Kandungan zink dalam prostat lelaki adalah 10x ganda lebih tinggi daripada organ lain. Mesti diambil kerana zink merupakan mineral penting untuk kesuburan lelaki.
  • meningkatkan kualiti sperma lelaki dan sangat penting untuk keupayaan seksual lelaki.

Vitamin E

  • lebih bertenaga dan meningkatkan keinginan seksual.
  • membantu membentuk sel sperma yang sihat.
  • juga bagus diambil oleh isteri untuk meningkatkan keinginan seksual 
*credit info, blog here

================================
Penghantaran ke seluruh Malaysia dengan menggunakan Poslaju atau kurier servis.


Hubungi saya:

Nurulhuda Ab.Karim
Shaklee Independent Distributor 907781
WhatsApp: 0122479113
Email: husnalilshop@yahoo.com
FB: Huda Karim 
Page: Kiosk Vitamin Ummi

COD area Kluang, Johor

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.








Wednesday, March 13, 2013

Testimonial kulit cantik dengan ESP

Serius, saya yang minum ESP ni dah berbulan-bulan pun merasai pengalaman yang sama, kulit lebih bersih, dan rasa gebu. Alhamdulillah, dengan ESP juga kesan parut cepat pudar dan cepat baik.
Last 2 weeks saya terkena iron, saya risau juga kalau-kalau kulit yang melecur tu akan berair dan bernanah. Saya dapati selepas 2 minggu, bekas parut semakin pudar, langsung tak berair atau melepuh.
Ecxited sangat, sampai saya share pengalaman saya ni kat fb :)

So, kawan-kawan yang masih ragu tu apa lagi? Takkan nak tunggu stock ESP ni habis kat branch Shaklee kan. Nak tanya apa-apa info tentang Shaklee boleh sms atau emel saya husnalilshop@yahoo.com. InsyaAllah saya akan berikan pelbagai info yang patut anda tahu serta kongsikan cara makan.




Ini testimonial yang sempat saya print screen dari shaklee group.

Assalamualaikum & good mownink semuaaaaaaaa....bole tak nak semak kan wall dengan testi sendiri..?? ada aku kesah??hahahhaha...

Uolss....ESP ni bukan saja bole dapat cun & kulit cantikk taw..kalau nak tau ESP ni boleh tolong kita bg kuruskan badan okeyyyy..macam mana tuu??sebabnya ESP ni asasnya dari protein tulen yang boleh membuatkan seseorang tu kenyang dalam jangka waktu yg lama..minum segelas ESP & sikit light meal (roti, oats or biscuits) as our breakfast sedar tak sedar eh eh dh pukul 3 lebey la blom lunch lagi k..haaa kelassss tak uolss...

Ramai yg borong ESP utk weight management & jadi kannya sbg minuman diet harian mereka..syioookkk kannn....dah la dpt cun lpstu bole bg slim lagikkk..kulit pon lebih cerah & tone kulit lebih sekata..

Tengok gambar mak yg dulu tu sedey okeyyy...dah mcm mak org or bini org padahal blom kawen lg taww....now dh kawen anak 1 + pregnant pon org igt anak dara lagiiiii okeyyyyyyyyyy......

haaaaa cpt lakukan perubahan dari sekarang uolss....ape tunggu lagiii...




Untuk info lanjut, anda boleh hubungi saya:
Nurulhuda Ab.Karim (Shaklee ID: 907781)
SMS / WhatsApp: 0122479113
FB ID: Huda Karim
Emel: husnalilshop@yahoo.com
 




Produk ini tidak bertujuan untuk diagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Tuesday, March 12, 2013

Ubat untuk hati

Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA: "Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun (beribadat) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah (beribadat) di sepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh."

Bila diteliti baik-baik lirik lagu Opick ni memang sangat bagus, muhasabah diri. Marilah kita perbaiki hati dan diri kita agar menjadi muslim dan muslimah yang sebenarnya. 



Ubati hati kita dengan 5 perkara ini, insyaAllah kita akan berjaya di dunia dan akhirat.

  1. baca alQuran dengan memahami maksud ayat tersebut.
  2. berpuasa dengan mengosongkan perut (puasa sunat)
  3. beribadat di waktu malam
  4. bangun di sepertiga malam (qiam) untuk menghampirkan diri kepada Allah
  5. banyakkan bersama di dalam majlis ilmu iaitu bersama orang-orang yang soleh
 


Makanan tambahan untuk ibu hamil


Disahkan hamil adalah perkara paling menggembirakan bagi ibu bapa yang memang tertunggu-tunggu kehadiran cahaya mata. Bila hamil, datang pula alahan yang tidak disangka-sangka. Bagi ibu hamil yang tidak mengalami alahan Alhamdulillah syukur, tidak ada rasa loya atau mual yang teruk.
 
Alangkah indahnya sepanjang tempoh 40 minggu yang bakal kita lalui itu dihadapi dengan mudah dan ceria serta bertenaga kan :) Semua itu bergantung kepada faktor dalaman dan luaran. Para ibu disyorkan relaks dan kurangkan stress supaya proses kehamilan berjalan dengan lancar, insyaAllah.
 
Pemakanan sewaktu hamil perlu diambilkira oleh ibu hamil kerana apa. setiap nutrisi yang terdapat dalam makanan yang dimakan akan membantu dalam proses tumbesaran bayi yang dikandung. Ibu pula dalam masa yang sama perlu memastikan kesihatan mereka sentiasa optimum supaya mudah untuk melakukan rutin harian dan menjalani proses bersalin kelak.

Semasa membuat pemeriksaan di klinik, biasanya kita akan dibekalkan dengan beberapa jenis vitamin seperti folic acid dan obimin tetapi tidak salah jika ada kemahuan, kita boleh laburkan sedikit wang untuk kebaikan si ibu dan juga anak yang dikandung. InsyaAllah hasilnya terbaik dan vitamin shaklee adalah dari sumber semulajadi dan alami.
 
Dengan Shaklee, kami mengesyorkan 5 suplemen asas untuk ibu mengandung, iaitu:

  • Energizing Soy Protein (ESP) : protein berasaskan soya non-GMO yang sangat baik utk perkembangan janin (sel terbentuk daripada protein) selain untuk membekalkan tenaga berterusan.
    Pengambilan disarankan sepanjang proses kehamilan.
  •  B complex : dilengkapi dengan asid folik dan 8 vitamin B beserta Folic Acid yang penting untuk saraf dan baik buat ibu hamil.
    Pengambilan disarankan sepanjang proses kehamilan.
  • Vitamin C : untuk menguatkan sistem imun badan.Pengambilan disarankan sepanjang proses kehamilan.

  • Vitalea : multivitamin yang dilengkapi dengan zat besi yang bagus untuk elakkan gejala anemia.Pengambilan disarankan sepanjang proses kehamilan.

  • Ostematrix
     : gabungan kalsium, magnesium dan vitamin D yang bagus untuk sistem saraf, pembentukan tulang bayi serta menghindari simpul biawak (cramp). Kalsium yang mencukupi juga 
     membantu proses meneran semasa kelahiran.Pengambilan disarankan sepanjang proses kehamilan.


     
    Untuk info lanjut, anda boleh hubungi saya:

    Nurulhuda Ab.Karim (Shaklee ID: 907781)
    SMS / WhatsApp: 0122479113
    FB ID: Huda Karim
    Emel: husnalilshop@yahoo.com
     



    Produk ini tidak bertujuan untuk diagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
     
     
     

Monday, March 11, 2013

Collagen Powder Terbaik!

Amboi, mesti sesiapa baca tajuk entry ni terus cepat-cepat klik kan :)
Siapa yg tak nak kulit cantik berseri, mulus, gebu dan berkilauan kan?

Ok, untuk makluman kat luar tu memang ada banyak jenis kolagen dijual, ada yg jenis serbuk, jenis kena rebus dan bancuh dan macam-macam lagi la ye. Terpulang pada masing-masing nak cuba yg mana, tiada paksaan untuk mencuba dan membeli as long as anda rasa serasi dengan produk tersebut maka anda boleh meneruskannya.

Mesti ramai yg pernah dengar tentang collagen powder shaklee ni kan?


Shaklee claim bahawa Collagen Powder ini adalah terbukti dapat memperbaiki testur kulit wajah & menghilangkan kedutan selepas menggunakan selama 8 minggu....ini adalah berdasarkan clinical studies ye bukan main hentam saja :)

Cara makan pun mudah, hanya perlu campurkannya ke dalam minuman kegemaran anda seperti jus atau milo. Collagen Powder diperbuat daripada sisik ikan merah yang merupakan sumber kolagen yang amat bagus! Kesan sampingan pula bukanlah yg pelik-pelik, cuma anda akan merasai perbezaan pada kulit anda semakin tegang, kulit pun halus mulus.

Sekilas pandang mari kita baca sedikit fakta tentang kelebihan kolagen powder Shaklee berbanding dengan kolagen lain yg terdapat di pasaran, sumber asal dari website Shaklee.

  • Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.
  • Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.
  • Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja. [1box mengandungi 15 uncang]
Terbukti dapat memperbaiki testur kulit wajah & menghilangkan kedutan selepas menggunakan selama 8 minggu*

♥ Meningkatkan kelembapan kulit ~ 90%
♥ Mengurangkan kekasaran & kekeringan ~ 75%
♥ Meningkatkan dalam penampilan keseluruhan ~ 71%
♥ Meningkatkan kelembutan & kelicinan ~ 69%
♥ Meningkatkan pemakaian kekal mekap ~ 60%
♥ Meningkatkan keanjalan, ketegangan & elastisiti ~ 55%
♥ Meningkatkan ketebalan rambut ~ 54%
♥ Meningkatkan keserian, tona & warna kulit ~ 50%
♥ Mengurangkan garis-garis halus & kedut-kedutan
 

Faedah tambahan :: menyokong kesihatan sesendi dan menguatkan tulang.Membantu mengekalkan otot di dalam mata supaya lembut.
 
Collagen powder tak digalakkan ambil oleh ibu hamil dan menyusukan, tetapi....
cuba baca testimonial kat bawah ni, insyaAllah tiada masalah untuk diambil oleh ibu menyusukan. So, jangan takut ye...ini memang pengalaman sebenar...




Harga collagen powder ni retail RM298 untuk 15 sachets. Best price anda boleh sms atau pm saya di facebook.

Untuk info lanjut, anda boleh hubungi saya:
 

Nurulhuda Ab.Karim (shaklee id:907781)
SMS/Whatssap 0122479113
FB ID: Huda Karim

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan dan mencegah sebarang penyakit.

my birthday

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah.

Masih diberi peluang oleh Allah untuk menikmati hari ini, hari di mana saya dilahirkan.
Doa saya moga Allah kurniakan kesihatan yg baik dan hati yg baik, insyaAllah.
Semoga saya sentiasa mensyukuri segala nikmat yg Allah berikan.

Next year nak masuk 3 series dah. 

Birthday tanpa suami di sisi, insyaAllah next week suami balik kami celebrate sama-sama.


bersama anak-anak :)


Wednesday, March 06, 2013

Wordless Wednesday #2 2013



Ada tokoh tak?




insyaAllah bakal engineer macam abahnya...
saya prefer dia jadi doktor :)




ps: gambar dah lama, masa abah last day kerja kat Manjung :)

Tuesday, March 05, 2013

Beli tudung online

Jika nak beli tudung online kenalah tengok betul-betul kan butik mana kita nak beli, kualiti dia macam mana sebab tak boleh pegang macam kat kedai offline.

Dan jenis tudung yg saya cari mesti labuh menutup dada biasanya saya ambil size L sebab lebih cover seluruhnya dan labuh sedikit. Tudung awning saya suka lycra atau cotton atau denim. Saya pernah juga beli half moon shawl, dan saya akan pastikan labuh depan menutup apa yg patut. Saya tak pernah beli Fareeda sebab pada saya ianya terlalu ringkas dan harga tak berbaloi beli :) (pendapat saya je la ye jangan ada yg marah :))

Now, saya dah kembali suka pakai tudung bawal. Ada macam-macam jenis bawal kan, aidijumala, bawal checkersla, bawal triballa dan sebagainya. Pada saya bawal ni tak telan dek zaman. Maintain demand dari dulu sampai sekarang dan bila pakai bawal rasa macam muda je muka ni :)

Antara butik online yg saya pernah terjah adalah seperti berikut:


Galeri Qaseh

Selain tudung, mereka ada jual jubah, palazzo dan peplum. Saya tak pernah beli selain tudung :) Tudung pun dah banyak variasi, ada syiria, ada jenis fareeda, dan macam-macam lagi. Size juga ada pilihan untuk mereka yg gemarkan size XL.


tudung ni size XL hanya RM78 sahaja

antara tudung yg saya pernah beli yg ini size L

D'Mahligai Scarf

D'Mahligai Scarf pun ada banyak pilihan tudung yg cantik dan labuh menepati syariah Islam yg sebenar. Selain lycra mereka juga ada buat yg jenis chiffon+lycra. Kualiti sangat baik dan warna pun cantik. Saya pernah borong 5 helai sekaligus share dengan my mom. Borong pilih dapat harga special :)



Wardah Hijab

Di Wardah Hijab juga ada dijual pelbagai jenis tudung lycra, denim, cotton, syiria, telekung umrah dan sebagainya. Size antara M-XXL disediakan. So, anda boleh pilih nak saiz mana tetapi kena cepat sebab stock selalu habis awal. Wardah Hijab ini merupakan agen dropship Syazara Enterprise, so jika stock kat Syazara dah habis, maka Wardah Hijab pun habisla :)

Kawan-kawan pula bagaimana?



Tanda-tanda kekurangan kalsium

Anda seorang yg tidak gemar minum susu? Ada kemungkinan anda berisiko mengalami kekurangan kalsium dalam tubuh. Sila perhatikan list di bawah ini.


credit google


Tanda-tanda kita kekurangan kalsium dalam badan:
  1. kejang otot (cramp) selalunya dialami oleh ibu hamil
  2. kebas dan rase menyucuk pada sendi dan sekeliling kaki dan tangan
  3. Wheezing (pernafasan seperti wisel)
  4. Mudah marah, terjejas keupayaan intelektual, kemurungan, dan perubahan personaliti
  5. Keletihan
  6. Rambut kasar
  7. Kuku rapuh
  8. Kulit kering (Psoriasis)
  9. Tumit pecah dan kasar
  10. Eczema – penyakit kulit
  11. Sakit sendi

Kesan jika kekurangan kalsium dalam badan:

  • Mudah mengalami kekejangan otot atau semut-semut
  • Sukar tidur (Insomnia)
  • Usus menjadi lemah dan sering sembelit
  • Sakit pinggang dan kaki
  • Cepat naik angin dan mudah terkejut
  • Luka susah sembuh, darah lambat beku
  • Oleh kerana kekurangan kalsium menyebabkan tisu kolagen sukar terbentuk, ia juga akan mengakibatkan masalah sakit sendi
  • Menurunkan kadar metabolisme
  • Meningkatkan risiko penyakit tekanan darah tinggi dan penyakit jantung
  • Lemah, tidak berdaya dan cepat letih
  • Rambut gugur bagi ibu-ibu selepas bersalin
dan banyak lagi kesannya.

Sila jangan abaikan semua perkara di atas kerana sebaiknya kita mencegah dari sebarang kemungkinan. 

Alternatif pilihan selain minum susu, anda boleh gantikan dengan OsteMatrix.

credit google

OsteMatrix (120 biji) lengkap dengan unsur kalsium, magnesium, vitamin D dan banyak lagi untuk membina dan mengekalkan tulang yang kuat. Vitamin D yang terdapat dalam ostematrix ini membantu penyerapan kalsium, bila diambil bersama-sama barulah tulang dan gigi kita kuat :)

  • membina tulang dan gigi yang kuat
  • membantu mengekalkan tekanan darah yang normal*
  • membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf*
  • membantu mengurangkan simptom-simptom senggugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah meradang dan murung*  

Sebagai orang Islam, kita kenalah berusaha, berdoa dan bertawakal kepada Allah agar dijauhkan dari sebarang penyakit merbahaya. Insyaallah setiap usaha pasti akan beroleh hasilnya, yang penting jangan putus asa.
 
Untuk info lanjut, anda boleh hubungi saya:
 
Nurulhuda Ab.Karim (id:907781)
SMS/Whatssap 0122479113
FB ID: Huda Karim
COD: Kluang, Johor 


*Produk ini tidak bertujuan untuk diagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.  

Monday, March 04, 2013

Nuffnang bagi BE baru

Best and happy sangat, check account Nuffnang, nampak new buffered earnings (BE).
New BE in March.

Sebelum ni, ada 2 lagi yg masih menari-nari kat blog saya ni. So tambah 1 lagi ni maka jadi 3 BE yg aktif. Alhamdulillah. Kenalah giat menulis di blog untuk menarik ramai pembaca jalan-jalan ke blog picisan saya ni :) Ada peminat ke? ehehehe..

Belum ready nak cash out, nak kumpul macam Zura...kumpul banyak-banyak. Now memang dah ada 3 angka cumanya saya rasa belum cukup masak. Alang-alang menabung biar kita menabung dalam Nuffnang :)

Paling lama bertapak iklan Tourism Malaysia tu. Tak jemu-jemu menari dalam blog saya ni. Hehehe. Earning nya tidakla banyak mana walaupun dah nak masuk 5 bulan bertapak. Harap-harap lepas ni dia membiak dengan jayanya. InsyaAllah. 

Latest iklan dari Kotex Overnight


Riadah meningkatkan kebahagiaan suami isteri

Alahai indahnya hubungan berkeluarga, bersama suami atau isteri melakukan apa-apa kegiatan bersama. Saling memahami dan bertolak ansur antara satu sama lain kan :)

Saya teringat masa stay kat Paka dulu sekitar tahun 2009, saya baru mula berhenti kerja dan mengambil keputusan untuk menetap bersama suami. Memang saya nekad berhenti kerja, saya yakin Allah akan gantikan pekerjaan saya itu dengan sesuatu yg lebih baik. Time tu saya pregnant kan our Husna. Setiap petang, saya akan menemai suami bermain badminton di court badminton yg disediakan dalam kuarters. Ada masanya juga, saya yg akan jadi pesaing suami untuk bermain badminton, tapi takla main bersungguh-sungguh (sedang pregnant kan :))

Memang indah mengenangkan kembali perkara itu sebab ye la, apa lagi nak dibuat, takkan nak duduk rumah je petang-petang. Haruslah berjalan-jalan mengambil udara petang atau pun riadah. Memang bahagia membahagiakan sungguh :)




Gambar atas tu saya print screen dari FB Ustazah Fatimah Syarha :) Sweet je tengok ustazah dan suaminya Dr.Farhan bermain badminton, riadah petang-petang. Terus teringat-ingat kat suami yg jauh di perantauan. Semoga suami sihat-sihat sahaja, selamat pergi dan pulang ke pangkuan kami sekeluarga. InsyaAllah.

Indahnya percintaan diredhai Allah kan :)

Pentingnya vitamin untuk ibu hamil

Assalamualaikum dan hi kawan-kawan,

Apa khabar semua? Semoga hari ini lebih baik dari semalam.
Hari ini saya nak share some info yang saya perolehi daripada FB Dr. Hamid Arshat, pakar O&G yang sangat tersohor dan terkenal. Saya masa sebelum pregnant my first child dulu, tiap-tiap hari time lunch hour saya akan masuk dalam forum beliau dan cari info macam mana nak pregnant, dan info-info kesihatan wanita. Alhamdulillah, dari situ saya belajar dan dari situ juga saya apply apa yang saya perolehi ilmu darinya.




Ini berkenaan kepentingan vitamin untuk ibu hamil. Ramai yang beranggapan dengan mengambil vitamin semasa hamil akan menyebabkan saiz bayi besar sewaktu lahir. Pengalaman saya sendiri melahirkan dua orang anak, Alhamdulillah anak-anak saya dilahirkan dengan size yg normal dan sihat. Saya mengamalkan pengambilan vitamin yang doktor berikan dan juga makan makanan berkhasiat.

Dr. Hamid Arshat juga mencadangkan pengambilan supplement tersebut perlu diambil selepas bersalin untuk mempercepatkan proses pulih rahim dan menguatkan badan serta dapat menghasilkan susu yang berkualiti untuk bayi. Beliau juga galakkan wanita patut makan vitamin tersebut sehingga ke akhir hayat mereka untuk kesihatan tubuh badan.

Alhamdulillah, sebenarnya tujuan post ini saya tulis untuk memberi penerangan kepada kawan-kawan betapa pentingnya pengambilan vitamin. Kita sedia maklum, vitamin bukanlah ubat untuk merawat tetapi sebagai makanan tambahan untuk mencukupkan mana yang kurang di dalam badan kita. Sebaiknya kita cegah daripada sebarang kemungkinan.

Dalam agama pun menyeru umatnya agar berikhtiar. Maka, ada baiknya kita menjaga kesihatan dengan mengamalkan pengambilan vitamin di samping berdoa dan memohon agar dikurniakan kesihatan yg baik sepanjang hayat kita :)

Info tentang vitamin apa yg baik untuk ibu hamil boleh rujuk di laman ini oleh Dr. Zubaidi Hj Ahmad.



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi