Friday, January 24, 2014

Salam dari luar negara

Assalamualaikum,

Alhamdulillah...lama sungguh saya ngelat nak update new entry kat blog ni kan.
Almaklum kebusyian melanda saya dan keluarga. Marketing Shaklee masih on, insyaAllah.

Saya dan anak-anak kini berada jauh dari bumi Malaysia dan keluarga tercinta.
Kami ikut husband yg sememangnya bertugas di luar negara semenjak Nov 2011 yg lalu. Selama setahun lepas saya dan anak-anak tinggal bersama kedua ibu bapa saya di Johor. Dan apabila dikhabarkan husband menyambung setahun lagi tugasnya di perantauan, husband offer saya nak ikut bersama atau tidak.

Finally, saya decided untuk ikut. Syukur dah seminggu berada di sini, dengan suasana winter yg semestinya sejuk mencecah 9 darjah Celcius. Alhamdulillah, bumi Allah ini luas untuk diterokai dan didiami.

Kehidupan kami juga berbeza sedikit, ada culture shock juga...hihi biasalah dah terbiasa tinggal di bandar besar ada kedai dan mall. Berbeza di sini yg cuma nampak stesen tempat husband bertugas. Nak keluar pun jarang dapat, seminggu sekali. Okla tu kan, jimat duit mak...hihihi. Banyak muhasabah diri bila tinggal di sini. Banyak masa saya habiskan bersama anak-anak, cabaran mengajar Husna di rumah (mujur dia pernah bersekolah last year di PASTI) Now cabarannya nak mengajar dia supaya lancar membaca.

Marketing Shaklee saya hanya lakukan melalui online, ok juga Alhamdulillah ada sale yg masuk. Urusan packing dan COD saya serahkan kepada adik dan adik ipar saya di Johor.

Mungkin setakat ini dulu bebelan saya dalam entry kali ini. Orang kata entry pembuka bicara dari luar negara, semoga kalian yg sudi membaca blog saya sentiasa dalam redha Allah hendaknya. InsyaAllah.




KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

2 comments:

Ummu Muhammad said...

Wahhh huda ade kat obesea!!!
Mogr selamat sentiase dlm perlindungan Allah kalian disane ameen!

Huda said...

um - alhamdulillah, tq lin :) lama x jmpe kan..insyaAllah raya thn ni kita jmpe lg :)



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi