Wednesday, March 05, 2014

Rezeki, mudahnya menjemput rezeki

Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah..hari ini berpeluang lagi nak mencoret di blog kesayangan saya ni. Dah makin rajin ni nak up post. Enjin dah start memang tak boleh nak stop la kan :)

Saya nak share dengan anda apa yg kita boleh lakukan untuk menjemput rezeki. InsyaAllah bermanfaat untuk semua.

Amalan rohani.

1.Setiap pagi, sekitar jam 10am ambil masa sekejap untuk mengerjakan solat sunat Dhuha.
Buat 4 rakaaat 2 salam. Selepas solat, baca doa dhuha sekhusyuk-khusyuknya. Mohon doa kepada Allah agar dipermudahkan perjalanan rezeki.

2. Kemudian, amalan zikir dengan Asmaul Husna.
Ya Wahhab
Ya Fattah
Ya Razzaq
Ya Rahman
Buat sebanyak mungkin ikut kemampuan anda, mungkin hari ini 100 x, esok lusa boleh upkan sehingga 1000 x. Zikir dan fahami maksudnya.

3. Solat fardhu di awal waktu. Masuk waktu solat terus solat usah bertangguh. Allah tak suka orang bertangguh melakukan ibadat.

4. Solat Tahajjud, solat hajat, solat taubat. (Qiamullail)

5. Amalkan istighfar dalam kehidupan.

6. Set kan dalam minda anda, yg anda akan beroleh rezeki pada hari ini. Positif dan sentiasa ingat Allah.

7. Amalan sedekah juga menambahkan harta, langsung tidak mengurangkan harta.

8. Zakat. Keluarkan zakat untuk ummah.

Ok, cukup setakat ini perkongsian saya hari ini. Semoga kita semua dapat manfaatnya bersama.
Sabar dan berusahalah, rezeki itu akan datang kepada kita jua. InsyaAllah.



KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

4 comments:

Ummi Hanie Fadzil said...

InsyaAllah, azam. thanx sis utk info dan peringatan ;)

Rizziela said...

tq for sharing

Huda said...

@Ummi Hanie Fadzil

Sama2 berkongsi info :) moga bermanfaat.

Huda said...

@Rizziela sama2 :)



Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi