Tuesday, June 17, 2014

Tip meningkatkan susu ibu di bulan puasa

Alhamdulillah, insyaAllah beberapa hari lagi kita semua umat Islam bakal menyambut bulan mulia iaitu bulan Ramadhan. Bulan ibadah. Bulan puasa. Bulan menahan nafsu.

Ada beberapa teman di forum atau group dalam fb dah mula gelabah bertanya ada tak tips untuk tingkatkan pengeluaran susu di bulan Ramadhan ni. Mungkin ini pengalaman pertama mereka berpuasa dan menyusukan anak. Tak apa, insyaAllah saya akan kongsikan bersama anda sedikit tips yg boleh kita amalkan bersama.

ummi, nak susu :)

Jom lihat TIP-TIP yang anda boleh amalkan. InsyaAllah

Tip 1
Jaga pemakanan. Amalkan makan makanan yg lengkap dengan nutrien dan vitamin yg diperlukan seperti dalam piramid makanan.

Maknanya time sahur wajib kita bangun dan alas perut. Sahur ni pun salah 1 sunnah. So time sahur ni, makanlah nasi atau bubur oat. Kemudian ambil beberapa biji kurma untuk bekal tenaga.

Berbuka ambil kurma dulu. Kemudian makan seperti biasa. Boleh minum Performance Drink Orange Shaklee untuk elakkan dehidrasi.

Tip 2
Sentiasa positif. Set dalam minda kita yg susu untuk anak tu banyak. Bila kita positif, proses penyusuan itu sangat mudah untuk dijayakan. Fahami konsep penyusuan, ada supply dan demand.

Tip 3
Minum air secukupnya ketika sahur dan selepas berbuka. Dinasihatkan air kosong suam.

Tip 4
Amalkan baca surah al-Baqarah ayat 60 atau surah Hujurat dan sapu pada kedua payudara. Doa mohon kepada Allah agar dipermudahkan urusan penyusuan di bulan puasa.

Tip 5
Elakkan STRESS. Tarik nafas dan hembus jika anda sedang stress. Boleh amalkan zikir istighfar jika stress dan baca Quran selepas solat.

Bila stress atau kurang keyakinan untuk meyusukan boleh menyebabkan susu berkurang. Rehat dulu ye.

Tip 6
Ibu bekerja boleh pam susu seawal pagi selepas sahur atau di tengah malam. Di waktu selain bekerja, susukan bayi sekerap mungkin setiap 2 jam, direct feeding untuk merangsang pengaliran susu.

Tip 7
Ambil supplemen (ikut nasihat doktor atau bertanya kepada rakan-rakan yg amalkan suplemen).
Supplemen ini tak wajib tetapi jika anda rasa anda perlu saya boleh syorkan supplemen semulajadi Shaklee, selamat untuk ibu meyusu dan anak.

Antara cadangan seperti berikut mengikut budget dan keperluan.

cadangan supplemen set penyusuan

Walaubagaimana pun, kita berusaha insyaAllah Allah akan permudahkan.
Apa yg penting jangan putus asa dan sentiasa berdoa.

Bagi mendapatkan supplemen Shaklee anda boleh direct hubungi saya melalui medium berikut di bawah ni.

================================
Penghantaran ke seluruh Malaysia dengan menggunakan Poslaju atau kurier servis.

Hubungi saya:

Nurulhuda Ab.Karim
Shaklee Independent Distributor 907781
WhatsApp: 0122479113
Email: husnalilshop@yahoo.com
FB: Huda Karim 
Page: Kiosk Vitamin Ummi

COD area Kluang, Johor

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Klik for more info
 
Copyright @ UmmiHusnaLukman 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi